KUALA NERUS: Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa hari ini menegaskan sekali lagi bahawa status sistem kesihatan negara dalam berdepan cuaca panas ketika ini masih terkawal.
Beliau berkata setakat semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) mencatatkan 15 kes kumulatif berkaitan cuaca panas dan bilangan kematian masih kekal hanya satu kes.
"Sebanyak 15 kes itu membabitkan empat kes strok haba, lima kes kelesuan haba dan enam kes kekejangan haba. Selain daripada satu kematian yang melibatkan kanak-kanak berusia 11 tahun di Kelantan tempoh hari, mereka semua telah diberi rawatan di hospital dan pulih sepenuhnya.
"Setakat ini saya boleh katakan keadaan masih terkawal dan tidak perlu tindakan drastik, namun KKM sentiasa bersedia dari segi rawatan dan semua pengarah hospital serta pengarah kesihatan negeri telah diminta untuk sentiasa berwaspada," katanya selepas menghadiri sesi 'Town Hall' Kertas Putih Kesihatan (HWP) Zon Timur di Kompleks Pentadbiran Bandar Al Wathiqu Billah di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini bahawa kerajaan belum berhasrat untuk mengisytiharkan darurat ekoran fenomena El-Nino yang dihadapi negara ketika ini.
Ahmad Zahid dilaporkan berkata kerajaan sedia mengisytiharkan darurat jika cuaca panas di negara ini mencapai tahap suhu melampau dan kerajaan sedang memantau keadaan serta keperluan itu sepanjang masa.
Sementara itu, Dr Zaliha optimis bahawa HWP yang akan dibentangkan di Parlimen pada bulan depan untuk bacaan pertama, bakal mendapat sokongan penuh semua ahli Parlimen.
"Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah menyatakan sokongan penuh ke atas HWP, insya-Allah semua ahli Parlimen akan sokong HWP ini. Semestinya, semua mahukan sistem kesihatan negara yang terbaik," katanya.
Program hari ini menghimpunkan peserta dari Terengganu, Kelantan dan Pahang menerusi siri jelajah terakhir HWP, merupakan sebuah dokumen pelan reformasi kesihatan negara yang menggariskan cabaran serta cadangan penyelesaian bagi memastikan sistem kesihatan lebih berkualiti, mampan dan berdaya tahan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 16 2023
Dr Zaliha memberitahu, setakat semalam, KKM mencatatkan 15 kes kumulatif berkaitan cuaca panas dan bilangan kematian masih kekal hanya satu kes. - Gambar fail
Wanita warga emas rentung dalam kebakaran
Seorang wanita warga emas rentung manakala 19 penghuni selamat dalam kebakaran yang memusnahkan satu blok rumah persendirian di Sibu.
Hukuman penjara 38 tahun warga emas bunuh jiran diganti penjara minimum 30 tahun
Mahkamah Rayuan menggantikan hukuman penjara 38 tahun seorang warga emas dengan pemenjaraan minimum 30 tahun bagi kesalahan membunuh jirannya.
TPM Fadillah bertemu Menteri Air Palestin, zahirkan kesediaan Malaysia pulihkan bekalan air
Malaysia bersedia untuk membaiki atau membina semula sistem bekalan air bersih pasca konflik di Semenanjung Gaza, Palestin.
Tiga warga Myanmar ditahan masuk ke Malaysia melalui Sungai Golok
Tiga lelaki warga Myanmar ditahan ketika cuba masuk ke negara ini melalui Sungai Golok, malam tadi.
JKDM rampas minuman keras, rokok seludup bernilai lebih RM500,000
JKDM berjaya mematahkan cubaan menyeludup rokok dan minuman keras pelbagai jenama bernilai lebih RM500,000 di Johor.
Ejen insurans didakwa rompak lelaki sehingga cedera
Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki.
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Terengganu rekod 10 kes strok haba, kelesuan haba sepanjang April
Sebanyak 10 kes strok haba dan kelesuan haba direkodkan berlaku di Terengganu sepanjang April lalu membabitkan kumpulan berisiko terutama buruh ladang dan pekerja binaan.
Jemaah haji digalakkan kerap minum air, elak terdedah cuaca panas
Syed Saleh meminta jemaah dan petugas Tabung Haji supaya tidak terlalu mendedahkan diri kepada keadaan cuaca panas itu.
Kes denggi menurun - KP Kesihatan
Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan dalam minggu tersebut.
Monsun Barat Daya dijangka bermula Jumaat, taburan hujan lebih rendah - MetMalaysia
Monsun Barat Daya dijangka bermula Jumaat ini dan akan berterusan hingga September, menyebabkan kebanyakan tempat di seluruh negara mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak.
Bekalan elektrik terputus di Mexico akibat gelombang haba
Cuaca panas yang teruk menyebabkan sistem bekalan elektrik terputus yang berlangsung selama beberapa jam di sejumlah kawasan Mexico.
KADA perluas 80 hektar padi di Pasir Puteh menerusi Program SMART SBB
KADA akan memperluaskan Program SMART SBB seluas 80 hektar lagi di kawasan seliaannya di sini pada musim hadapan bagi membantu lebih ramai pesawah menjana pendapatan lebih lumayan.
Gelombang haba ragut 61 nyawa setakat ini di Thailand
Gelombang haba luar biasa dengan suhu yang dirasai melebihi 52 darjah Celsius setakat ini telah meragut 61 nyawa di Thailand.
Bomba Kelantan rekod lebih 1,300 kes kebakaran terbuka
Sebanyak 1,379 kes kebakaran terbuka melibatkan hutan, kebun, belukar dan sampah direkodkan di Kelantan bermula Januari hingga Isnin lepas (6 Mei).
Terengganu adakan solat sunat Istisqa di seluruh masjid Jumaat ini
Terengganu adakan solat sunat Istisqa di seluruh masjid Jumaat ini
Petani Kedah disaran tanam harumanis ekoran permintaan tinggi
Petani di Kedah disaran mengambil peluang mengusahakan tanaman mangga harumanis berikutan permintaan terhadap buah itu yang dinamakan sebagai Harumanis D'Aman sudah mula meraih perhatian.